Sunday, April 19, 2009

Kaitan piawaian dan kalibrasi serta kualiti

Istilah Kualiti digunakan untuk memberi makna bahawa sesuatu produk itu adakah sesuai untuk tujuan ianya dibuat atau memenuhi keperluan.Sistem kualiti ialah suatu sistem yang memastikan supaya sesebuah syarikat itu menghasilkan produk yang berkualiti.takrif piawai pada kualaiti ialah suatu sifat atau ciri-ciri menyeluruh bagi sesuatu produk atau perkhidmatan yang mempunyai kebolehan untuk memenuhi keperluan yang dinyatakan.Untuk mempunyai suatu sistem berkualiti,sesebuah syarikat perlu melaksanakan kawalan ke atas sistem pengukurannya.Contohnya ,untuk menghasilkan suatu produk yang panjangnya memenuhi spesifikasi yang ditetapkan,sistem pengukuran yang digunakan untuk mengukur panjang itu mestilah memenuhi kejituan yang dikehendaki dalam spesifikasi tersebut.Jadi syarikat yang hendak menghasilkan produk yang memenuhi nilai piawaian mestilah menyediakan mengawal,menentukur(kalibarasi) dan menyelenggara pemeeriksaan pemeriksaan ,peralatan pengukuran dan pengujian yang sesuai untuk menunjukkan bahawa prestasi produk itu memenuhi keperluan yang ditentukan.
Penentuan Kaulaiti tersebut dilakukan nerujuk kepada sutau piawaian tertentu.Antara institusi piawaian yang menjadi rujukan natarabangsa ialah;
1. British Standarad Institutian
2. International Electrotechnical Commision(IEC)
3. International Organisation For Standardization(ISO)
Penentuan kaualiti adalah seragam diseluruh dunia dengan berpandukan kepada Piawaian British BS5750 dan Piawaian Antarabangsa ISO 9001.Piawaian ini menyarankan kaedah yang mesti diikuti apabila memilih,mengguna,menentukur(kalibrasi) ,mengawal dan menyenlenggara piawaian pengukuran dan peralatan pengukuran.Antaranya ialah:
(a) Syarikat mestilah mengadakan dan melenggarakan suatu sistem yang berkesan bagi mengawal dan menetukur piawaian pengukuran dan peralatan pengukuran.Ini melibatkan proses penentukuran dalam syaraikat itu dan penggunaan khidmat tentuukuran.
(b) Semua kakitangan yang terlibat dalam penentukuran mestilah telah menjalani latihan yang mencukupi.
(c) sistem penentukuran yang digunakan mestilah diperiksa dari semasa ke semasa dengan bersistemmatik untuk memastikan bahawa sistem itu terus berfungsi dengan berkesan.
(d)Semua pengukuran,samaada untuk proses penentukuran atau pengukuran produk,mestilah mengambil kira semua ralat dan ketakpastian yang terlibat dalam proses pengukuran.
(e)Kaedah yang digunakan bagi penentukuran mestilah didokumenkan.
(f)Rekod penentukuran yang berasingan mestila disimpan bagi setiap instrumen pengukuran,Rekod yang mengandungi penerangan mengenai instrumen itu dan nombor rujukannya,tarikh penentukuran ,hasil penentukuran,kekerapan instrumen itu mesti ditentuukurkan dan kemeungkinan disertakan juga kaeadah terperinci penentukuran yang digunakan,maklumat baik pulih atau pengubahsuain yang telah dilakukan keatas instrumen itu dan batas-batas penggunaan.
Penentukuran mestilah dilakukan menggunakan peralatan yang dapat dijejak kepada piawaian antarabangsa.

No comments:

Post a Comment