Sunday, April 19, 2009

Proses Tentukuran

Semasa proses penentukuran, peralatan akan diuji dengan mengulangi proses perbandingan untuk semua julat yang boleh diukurnya.

Apa yang paling penting ialah sekiranya berlaku kerosakan kepada sesebuah peralatan yang sedang digunakan untuk kerja-kerja pengukuran, peralatan piawai ini sama sekali tidak boleh dijadikan sebagai peralatan pengganti.
Peralatan yang dikhaskan untuk kerja penentukuran perlu diasingkan daripada peralatan yang lain.

Penentuan frekuensi penentukuran bergantung kepada beberapa factor.
Jika peralatan diperlukan untuk mengukur kuantiti tertentu yang mempunyai ketepatan ±2%, maka pengurangan pelaksanaan tertentu boleh dibenarkan sekiranya ketepatan ketika pengulangan tettukur ialah ±1%.
Apa yang penting ialah bentuk pengurangan pelassanaan mestilah dapat dinyatakan dengan jelas.

Pengulangan penentukuran boleh dilakukan sebelum ketepatan peralatan menjadi semakin kurang dibahagikan dengan had penggunaannya.
Tindakan yang sesuai hendaklah dikenalpasti bagi memastikan langkah-langkah yang perlu diambil apabila terdapat peralatan yang terkeluar dari daripada spesifikasi yang sebenar.

Contohnye jika masukan yang sama diberikan dan didapati keluaranya berbeza daripada tentukuran peralatan, tindakan yang perlu diambil bergantung kepada jumlah perbezaan dan jenis peralatan yang tertelibat.

Dalam kebanyakan kes, perbezaan yang sedikit boleh diperbetulkan dengan membuat sedikit pengubahsuaian pada peralatan.

Frekuansi tentukuran dan juga proses penetukuran yang dijalankan perlu dikaji dari masa ke semasa agar kualitinye dapat dipertingkatkan.

Perkara yang utama yamg perlu diperiksa rapi semasa pengulangan penentukuran ini ialah sama ada jarak masa penentukuran tersebut masih bersesuaian.
Catatan sejarah penentukuran sesebuah peralatan akan menjadi rujukan utama apabila pengulangan penentukuran dibuat.

Sejarah ini membolehkan seseorang mengetahui jika peralatan tersebut terkeluar dari tentukuran sebenar dalam jangkamasa yang begitu cepat, sama ada disebabkan oleh factor usia peralatan ataupun perubahanoperasi persekitaran.
Keadaan atau cara pengguanaan peralatan juga mungkin berubah mengikut keadaan.
Setiap syarikat adalah perlu memilih satu bahagian atau badan tentukur yang berkemampuan untuk menentukur peralatan berdasarkan stadard/piawai nasional dan antarabangsa.

Kegagalan berbuat demikian, membolehkan produk yang dihasilkan tidak berkualiti dan tidak mengikut standard.Ia berfungsi menyenaraikan sejumlah besar peralatan yang hendak dilakukan penentukuran, merangkumi sebuah syarikat yang besar.

No comments:

Post a Comment