Tuesday, April 21, 2009

Contoh-contoh Borang kalibrasi

Petunjuk Lebal




labelan Tentuukuran


Jadual masa Peralatan


Jadual Tentuukur Peralatan




Borang Senarai Peralatan DiTentuukur

Sunday, April 19, 2009

Kaitan piawaian dan kalibrasi serta kualiti

Peralatan yang digunakan dalam penetukuran sesuatu instrumen yang digunakan terdapat dalam sesebuah syarikat mungkin dapat dijejak hingga kepada piawaian kebangsaan kerana;

(a) Piawaian kebangsaan digunakan untuk menentukurkan piawaian bagi pusat penentukuran.
(b) Piawaian yang terdapat dipusat penentukuran digunakan untuk menentukurkan piawaian bagi pembuat instrument.
(c) Instrumen yang telah dipiawaikan daripada pembuat instrument digunakan bagi piawaian dalam syarikat.
(d) Piawaian dalam syarikat digunakan untuk menentukurkan intrument proses.

Rangkaian ringkas yang boleh dijejaki bermula dari instrumen yang digunakan dalam pengukuran hingga kepada piawaian kebangsaan adalah seperti rajah 3.3

Piwaian Kebangsaan --> Piawaian pusat tentukuran --> Piawaian dalam Syarikat --> Instrument yang ditentukurkan.

Kaitan piawaian dan kalibrasi serta kualiti

Istilah Kualiti digunakan untuk memberi makna bahawa sesuatu produk itu adakah sesuai untuk tujuan ianya dibuat atau memenuhi keperluan.Sistem kualiti ialah suatu sistem yang memastikan supaya sesebuah syarikat itu menghasilkan produk yang berkualiti.takrif piawai pada kualaiti ialah suatu sifat atau ciri-ciri menyeluruh bagi sesuatu produk atau perkhidmatan yang mempunyai kebolehan untuk memenuhi keperluan yang dinyatakan.Untuk mempunyai suatu sistem berkualiti,sesebuah syarikat perlu melaksanakan kawalan ke atas sistem pengukurannya.Contohnya ,untuk menghasilkan suatu produk yang panjangnya memenuhi spesifikasi yang ditetapkan,sistem pengukuran yang digunakan untuk mengukur panjang itu mestilah memenuhi kejituan yang dikehendaki dalam spesifikasi tersebut.Jadi syarikat yang hendak menghasilkan produk yang memenuhi nilai piawaian mestilah menyediakan mengawal,menentukur(kalibarasi) dan menyelenggara pemeeriksaan pemeriksaan ,peralatan pengukuran dan pengujian yang sesuai untuk menunjukkan bahawa prestasi produk itu memenuhi keperluan yang ditentukan.
Penentuan Kaulaiti tersebut dilakukan nerujuk kepada sutau piawaian tertentu.Antara institusi piawaian yang menjadi rujukan natarabangsa ialah;
1. British Standarad Institutian
2. International Electrotechnical Commision(IEC)
3. International Organisation For Standardization(ISO)
Penentuan kaualiti adalah seragam diseluruh dunia dengan berpandukan kepada Piawaian British BS5750 dan Piawaian Antarabangsa ISO 9001.Piawaian ini menyarankan kaedah yang mesti diikuti apabila memilih,mengguna,menentukur(kalibrasi) ,mengawal dan menyenlenggara piawaian pengukuran dan peralatan pengukuran.Antaranya ialah:
(a) Syarikat mestilah mengadakan dan melenggarakan suatu sistem yang berkesan bagi mengawal dan menetukur piawaian pengukuran dan peralatan pengukuran.Ini melibatkan proses penentukuran dalam syaraikat itu dan penggunaan khidmat tentuukuran.
(b) Semua kakitangan yang terlibat dalam penentukuran mestilah telah menjalani latihan yang mencukupi.
(c) sistem penentukuran yang digunakan mestilah diperiksa dari semasa ke semasa dengan bersistemmatik untuk memastikan bahawa sistem itu terus berfungsi dengan berkesan.
(d)Semua pengukuran,samaada untuk proses penentukuran atau pengukuran produk,mestilah mengambil kira semua ralat dan ketakpastian yang terlibat dalam proses pengukuran.
(e)Kaedah yang digunakan bagi penentukuran mestilah didokumenkan.
(f)Rekod penentukuran yang berasingan mestila disimpan bagi setiap instrumen pengukuran,Rekod yang mengandungi penerangan mengenai instrumen itu dan nombor rujukannya,tarikh penentukuran ,hasil penentukuran,kekerapan instrumen itu mesti ditentuukurkan dan kemeungkinan disertakan juga kaeadah terperinci penentukuran yang digunakan,maklumat baik pulih atau pengubahsuain yang telah dilakukan keatas instrumen itu dan batas-batas penggunaan.
Penentukuran mestilah dilakukan menggunakan peralatan yang dapat dijejak kepada piawaian antarabangsa.

Kaitan piawaian dan kalibrasi serta kualiti

Piawaian itu mungkin berupakan suatu ssistem pengukuran lain yang disimpan khususnya bagi tujuan tentukuran atau suatu cara untuk menakrifkan nilai piawai.Setengah syarikat perkilangan ada menyimpan beberapa instrument dan peralatan tertentu,contohnya perintang dan sel piawaian dalam jabatan piawaian syarikat itu dan digunakan khusus untuk tujuan tentukuran(kalibrasi)

Proses Tentukuran

Semasa proses penentukuran, peralatan akan diuji dengan mengulangi proses perbandingan untuk semua julat yang boleh diukurnya.

Apa yang paling penting ialah sekiranya berlaku kerosakan kepada sesebuah peralatan yang sedang digunakan untuk kerja-kerja pengukuran, peralatan piawai ini sama sekali tidak boleh dijadikan sebagai peralatan pengganti.
Peralatan yang dikhaskan untuk kerja penentukuran perlu diasingkan daripada peralatan yang lain.

Penentuan frekuensi penentukuran bergantung kepada beberapa factor.
Jika peralatan diperlukan untuk mengukur kuantiti tertentu yang mempunyai ketepatan ±2%, maka pengurangan pelaksanaan tertentu boleh dibenarkan sekiranya ketepatan ketika pengulangan tettukur ialah ±1%.
Apa yang penting ialah bentuk pengurangan pelassanaan mestilah dapat dinyatakan dengan jelas.

Pengulangan penentukuran boleh dilakukan sebelum ketepatan peralatan menjadi semakin kurang dibahagikan dengan had penggunaannya.
Tindakan yang sesuai hendaklah dikenalpasti bagi memastikan langkah-langkah yang perlu diambil apabila terdapat peralatan yang terkeluar dari daripada spesifikasi yang sebenar.

Contohnye jika masukan yang sama diberikan dan didapati keluaranya berbeza daripada tentukuran peralatan, tindakan yang perlu diambil bergantung kepada jumlah perbezaan dan jenis peralatan yang tertelibat.

Dalam kebanyakan kes, perbezaan yang sedikit boleh diperbetulkan dengan membuat sedikit pengubahsuaian pada peralatan.

Frekuansi tentukuran dan juga proses penetukuran yang dijalankan perlu dikaji dari masa ke semasa agar kualitinye dapat dipertingkatkan.

Perkara yang utama yamg perlu diperiksa rapi semasa pengulangan penentukuran ini ialah sama ada jarak masa penentukuran tersebut masih bersesuaian.
Catatan sejarah penentukuran sesebuah peralatan akan menjadi rujukan utama apabila pengulangan penentukuran dibuat.

Sejarah ini membolehkan seseorang mengetahui jika peralatan tersebut terkeluar dari tentukuran sebenar dalam jangkamasa yang begitu cepat, sama ada disebabkan oleh factor usia peralatan ataupun perubahanoperasi persekitaran.
Keadaan atau cara pengguanaan peralatan juga mungkin berubah mengikut keadaan.
Setiap syarikat adalah perlu memilih satu bahagian atau badan tentukur yang berkemampuan untuk menentukur peralatan berdasarkan stadard/piawai nasional dan antarabangsa.

Kegagalan berbuat demikian, membolehkan produk yang dihasilkan tidak berkualiti dan tidak mengikut standard.Ia berfungsi menyenaraikan sejumlah besar peralatan yang hendak dilakukan penentukuran, merangkumi sebuah syarikat yang besar.

Kenapa perlu mengulangi Tentukuran

Penentukuran peralatan mestilah diulangi dalam jangka masa yang ditetapkan kerana ciri-ciri setiap peralatan itu akan berubah setalah beberapa lama digunakan.
Perubahan ciri-ciri pada peralatan ini adalah disebabkan oleh factor-faktor seperti geseran, kotoran, habuk, asap dan bahan kimia.
Magnitud perubahan ciri-ciri peralatan bergantung kepada kekerapan peralatan terbabit digunakan.
Secara ringkasnye boleh dikatakan bahawa perubahan ciri-ciri pada peralatan pasti berlaku dan kadar perubahannya terhadap masa adalah bergantung kepada jenis peralatan yang digunakan, kekerapan penggunaan dan keadaan persekitaran.

Instrument yang perlu dikalibrasi

Ia meliputi semua peralatan yang melibatkan pemeriksaan, pengujian, dan pengukuran seperti multimeter, oscillsocope dan lain-lain lagi.

Kenapa perlu Tentukuran

Memastikan semua peralatan pemeriksaan, pengujian, pengukuran atau sukatan samaada dalam bentuk elektrikal ataupun mekanikal sentiasa berketepatan dan berkejituan sepertimana yang ditetapkan serta kebolehkesanan kepada standard nasional atau antarabangsa.

Kekerapan penentukuran

Kekerapan penentukuran perlu dilakukan bergantung kepada keperluan dan penggunaannya.

Apa itu Kalibrasi (Tentukuran)

Kalibarasi(Penentukuran) adalah proses membandingkan dan membetulkan keluaran sesuatu instrumen dengan nilai piawai.

Kalibarasi(Penentukuran) juga suatu proses pembandingan antara nilai keluaran peralatan yang hendak diuji dengan peralatan yang telah diketahui ketepatannya menggunakan nilai masukan yang sama dibekalkan kepada kedua-dua peralatan tersebut.
Prosedur ini dilakukan untuk julat masukan yang mencakupi semua julat ukuran yang boleh diukur oleh peralatan terbabit.

Kepentingan kalibrasi

Kepentingan kalibrasi:

• Menjamin mutu, dalam pengertian setiap produk memerlukan bukti bahwa hasil ukur telah mampu telusur (traceable) pada standard kebangsaan maupun antarabangsa.
• Tidak terdapat cacat/kesalahan hasil pengukuran.
• Menjamin Kepentingan Keselamatan Manusia.
• Menjamin Keadaan alat pengukuran tetap terjaga sesuai spesifikasinya.

Sela masa Kalibarasi

Sela masa Kalibarasi

1. Kalibrasi harus dilakukan secara berkala

2. Selang waktu kalibrasi dipengaruhi oleh jenis alat ukur, frekuensi pemakaian, dan pemeliharaan.

3. Boleh dinyatakan dalam beberapa cara :
• Dengan waktu kalender (1 tahun sekali, dst)
• Dengan waktu pemakaian (1.000 jam pakai, dst)
• Kombinasi cara pertama dan kedua, tgt mana yg lebih dulu tercapai

Hasil Kalibrasi

Hasil Kalibrasi antara lain :

1. Nilai Objek Ukur
2. Nilai Pembetulan/Kesalahan
3. Nilai Ketidakpastian Pengukuran :
• Besarnya kesalahan yang mungkin terjadi dalam pengukuran
• Dievaluasi setelah ada hasil pekerjaan yang diukur ? Analisis ketidakpastian yang benar dengan memperhitungkan semua sumber ketidakpastian yang ada di dalam kaedah perbandingan yang digunakan.
4. Sifat metrologi lain ? faktor kalibrasi, kurva kalibrasi.

TUR (Test Uncertainty Ratio) adalah perbandingan antara Ciri-ciri ketidakpastian (specified) dari instrumen yang dikalibrasi terhadap ketidakpastian instrumen kalibratornya (Spesifikasi alat bisa dianggap sebagai ketidakpastian terbesar)

Prinsip Asas kalibrasi

Prinsip Asas kalibrasi:

1. Objek yang diukur (Unit Under Test)
2. Standard Ukur
• Alat standard kalibrasi
• Prosedur/Kaedah standard (Menghala ke standard kalibrasi antarabangsa atau kaedah yang dikembangkan sendiri oleh makmalyg sudah teruji (diverifikasi))
3. Operator / Juruteknik
Syarat untuk operator yang mempunyai kelayakan untuk membuat kalibarasi.
4. Julat yang ditetapkan :
• Suhu dan kelembaban selalu dikawal
• Gangguan faktor luaran selalu dikurangkan ? sumber ketidakpastian pengukuran.

Kebaikan kalibrasi

Kebaikan kalibrasi adalah sebagai berikut :

• untuk menyokong jaminan mutu yang diserapkan di berbagai industri pada peralatan makmal dan pengeluaran yang dimiliki.
• Dengan melakukan kalibrasi, Boleh diketahui perbezaan nilai pengukuran sebenar sesuatu alat yang diukur dengan nilaian piawaian.

Kalibrasi

Kalibrasi

Pengertian kalibrasi menurut ISO adalah sesuatu operasi dalam keadaan tertentu yang bertujuan untuk menentukan hubungan antara nilai-nilai yang ditunjukkan oleh alat ukur atau sistem pengukuran atau nilai yang ditunjukkan instrumen ukur dengan nilai pengukuran yang telah diketahui.

Pengertian kalibrasi menurut ISO/IEC Guide 17025:2005 dan Vocabulary of International Metrology (VIM) adalah proses yang dilakukan untuk membentuk hubungan antara nilai yang ditunjukkan oleh instrumen ukur atau sistem pengukuran, atau nilai yang diwakili oleh bahan ukur, dengan nilai-nilai yang sudah diketahui yang berkaitan dari besaran yang diukur dalam Keadaan tertentu. Dengan kata lain, kalibrasi adalah kegiatan untuk menentukan Kesahihan sebenar nilai penunjukkan alat ukur dan bahan ukur dengan cara membandingkan terhadap standard ukur yang mamputelusur (traceable) ke standard nasional untuk satuan ukuran dan/atau antarabangsa.

Tujuan kalibrasi adalah untuk mencapai kejituan pengukuran. Hasil pengukuran dapat dikaitkan sampai ke standard yang lebih tinggi/teliti (standard utama kebangsaan dan / antarbangsa), melalui rangkaian perbandingan yang tak terputus.

Saturday, April 18, 2009

Kalibrasi ( Tentukuran)

Kalibrasi ialah proses membandingkan keluaran sesuatu sistem pengukuran terdahadap piawaian yang diketahui kejituannya dengan menggunakan nilai masukan yang sama dibekalkan kepada kedua-dua instrumen. Ini dilakukan untuk julat masukan yang meliputi semua julat ukuran yang boleh diukur oleh instrumen terbabit.Tujuan kalibrasi adalah untuk mendapat kejituan yang dikehendaki sesuatu sistem pengukuran.